BAB
2
Tak
tahu mimpi apa entah, tiba-tiba je hari ni aku dah jadi gadis melayu
terakhir gitu. Mana taknya, pagi-pagi lagi aku dah bangun, pukul 6
pagi kut, dah siap mandi apa bagai dan yang paling penting seawal tu
jugak la aku dah tercegat kat dapur, konon-kononnya nak masak
breakfast.. Tapi memang aku la yang masak pagi tu bermenukan mi
goreng ala-ala mamak dan jugak teh tarik ala-ala mamak jugak walaupun
tak berapa tariknya. Terima kasih kat kawan aku, cik Google tolong
aku pagi-pagi lagi..hasilnya..tadaa..haha, papa pun terkejut..dan
sesudahnya hari aku berbalik pada pemikiran yang tengah serabut gila
ni dan neuron pun macam dah tak transmit impulses dengan sebaik
mungkin. Cortisol dalam badan aku ni dah memang-memang confirm tinggi
saat-saat macam ni ni, mood happy aku pun dah mendadak turun dan
satu-satunya benda yang dapat menenangkan aku saat ni semestinya
laptop kesayangan gue.. Layan running man pun syok jugak time-time
camni bertemankan chocolate milk yang mama buat. huish..memang gempak
ler..
Running
man kali ni memang tak gempak cam selalu, pe taknya kalau fikiran ni
jauh ke lain, seriosly im not even laugh for once starting the show
sampailah ending dia. Otak aku still nak ingat pasal tawaran belajar
tu. Minggu lepas, time tengah-tengah melepak dengan along and along
ajak pi bercuti kat Japan. Wah! Bapak kau tak mau. Memang meloncat
kat situ jugak aku, lagi-lagi kalau ada orang yang nak tolong
sponsorkan. Huish..terbaik la along..hehe. Tu pun sebab kebetulan
along tengah cuti lagi before dia balik London, and of course klu dah
ada orang nak belanja tu, hahaha kata orang, rezeki jangan ditolak.
Tapi berbalik pada cerita sebenar aku, time tu jugak la ada abang
posmen datang dan bagi sepucuk surat kat.. Walaceh..bukan surat
cinta tapi offer letter untuk aku sambung degree kat sebuah
universiti tempatan la jugak. Tertera nama Nur Irdina Damia binti
Zakaria, tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang asasi perubatan
dan ijazah perubatan(MBBS- Bachelor in Medicine and Bachelor in
Surgery) selama 5 tahun 8 bulan. At that time, i was like seriously
happy and excited, sampai tak tahu dah nak cakap apa, nak meloncat,
nak bergolek, nak tergelak semuanya ada, tapi bila tengok je tarikh
pendaftaran, automatically kepala aku berpusing tengok along yang ada
kat sebelah.
Nantikan sambungannya...
No comments:
Post a Comment