“Mia,
bangunlah sayang oi, matahari dah terpacak kat atas kepala tu, boleh
je lagi dia tidurkan, anak dara apa la ni. Hei! Bangunlah, dah lewat
ni.” Dan tak semena-mena, sebiji bantal melakat kat atas kepala aku
ni..Haha, padan muka, tu la memang dasar kaki tidur la kau ni Mia,
dah kena baling dengan bantal baru nak bangun. Ganas jugak mama aku
ni ek, main baling-baling bantal bagai pagi-pagi ni, dah baling guna
bantal kesayangan aku, kesian GD (Big Bang group leader) aku, nasib
baik la bantal, kalau la dia baling the real GD mau meraung aku,
dapat peluk GD. Ish3, Mia..Mia, istigfar Mia istigfar, ingat Allah
Mia. Sempat lagi berangan sebelum aku terjelepok Kat atas lantai
jatuh katil tu lepas dengar jeritan mama buat kedua kalinya. Memang
dasyat betul mama kali ni, marah bukan main lagi, sabar ye mama,
kejap lagi anak kesayangan mama ni turun ye. Love you mama..
“Eeemmm,
sedapnya bau, mama masak apa ni, nak rasa sikit.” Aduh! Tak sempat
pun nak sentuh masakan mama tu, telapak tangan mama dah terlebih dulu
hinggap kat tangan aku ni.
“Tak
senonoh betul anak dara papa yang sorang ni. Papa pun dah confuse ni
anak lelaki ke perempuan yang kami ada ni, nampak luar macam
perempuan, muka dah cantik macam mama dia tapi ada kurang sikit la,
kat mana yek?” Aiyoo, tak habis kena dengan mama, papa pun nak join
kenakan aku sekali, sukalah tu mama pagi2 la dah kene puji dengan
papa. Pagi ke, kalau ikut kamus masa aku ni pagi lagi la, tapi kalau
ikut kamus masa mama dah tengahari la kut.
“Apa
la papa ni, ada pulak cakap Mia ni laki, tak baik tau, Mia ni
perempuan sejati tau papa, gadis melayu terakhir gitu.”
“Ye
la tu Mia, yang gadis Melayu terakhir tu mama kamu, bukannya Mia.”
“Ala..papa ni, memang dah tak boleh masuk list gadis melayu
terakhir lagi dah papa, so Mia la yang akan jadi penggantinya
memandangkan cuma Mia je satu-satunya anak perempuan mama and papa
yang tak kahwin lagi.” So, that label become mine. Apa pun, bagi
aku mama tetap ratu. Kecantikan, kelembutan dan sikap dia yang
penyayang memang patut untuk gelaran ratu tu. Mama, engkaulah ratu
hatiku dan seluruh keluarga ni.
“Hai
Mia, dah berangan jadi ratu ke? Nak makan ke nak sepahkan makanan
tu?” Ape la mama ni, orang tengah fikirkan dia, ada pulak cakap
orang tengah berangan jadi ratu. Berangan jadi ratu tu memang la ada
tapi part-part yang last je tau, tapi hebat la mama ni tahu2 je yang
aku ni tengah berangan, hehe. Oops, memang patutla mama cakap aku
berangan, ayam masak merah yang sepatutnya kat dalam pinggan nasi aku
ni dah terletak elok je kat atas alas meja yang baru je mama tukar
tadi.. Aduhai, Mia..Mia.. tak cukup-cukup cari masalah la kau ni,
habislah mesti aku yang kena cuci lepas ni, baru ingat nak lepak
layan cerita Hindustan lepas ni, melepas la jawabnya.
Entah
kenapa hari ni rasa sunyi betul, cerita Hindustan yang tengah main
kat tv ni pun langsung tak menarik minat aku, maybe sebab dah separuh
jalan kut, tapi baru lepas sejam, so, konklusinya memang cerita ni
tak best pun. Lepas makan tadi, awal-awal lagi papa dah keluar rumah,
ada orang buat ceramah kat surau katanya, tapi mana mama ek? Takkan
la mama ikut sekali and tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Mama
takde cakap pulak nak join papa sekali, mana mama ni. Eei..bosannya.
Jam dah pukul 3 petang. Alamak, aku tak solat zuhur lagi, apa la aku
ni, solat pun boleh lupa, kalau papa dengan mama tahu ni mahu kena
berleter ngan diorang nanti. Dan memang sepatutnya aku kena marah pun
kalau lambat-lambatkan solat, kalau takde diorang yang nak marah aku
sal solat ni, almaklumnya, entah ke mana2 la agama aku. Tapi, apa pun
menjaga solat tu kan tanggungjawab kita sendiri, amanah Allah untuk
kita, jadi janganlah nak mengharapkan orang lain je yang nak ingatkan
kita, sendiri mahu ingat la. Ayat yang tak pernah lekang daripada
ingatan aku. Sampai sekarang aku masih ingat ayat ni, nasihat dari
salah sorang ustaz yang paling aku sayang masa aku kelas KAFA time
sekolah rendah dulu. Benda ni dah sangat lama dan baru-baru ni pun
aku dapat berita yang Ustaz Amran dah pun kembali ke rahmatullah.
Semoga rohnya sentiasa dirahmayi Allah S.W.T. Al-Fatihah.
Di
ruang tamu kelihatan kosong, tv yang tadi sengaja dibiarkan bersiaran
sudah pun dimatikan. Sebenarnya aku memang saja biarkan je tv tu, ye
la tadikan aku panggil mama, mama takde, so aku bunyi bising tv tu
takdelah buat aku rasa takut sangat duduk rumah sorang-sorang kan.
Tapi tv dah tutup, mesti mama dengan papa dah balik kut. “Mia, buat
apa diri kat situ? Meh, tolong papa angkat barang ni.” Barang? Papa
ni pergi surau ke pergi shopping ni. Hah! Durian! Memang terbaik la,
dah lama aku mengidam nak makan durian ni, time musim durian dulu
kebetulan pulak aku dekat asrama and papa pulak busy gila time tu so
tak dapat la aku nak merasa buah durian. Tapi, ada pulak durian
hujung-hujung tahun ni, selalunya memang tak la nak nampak buah
durian dah time-time sekarang ni, kalau dah rezeki tu datang daripada
Tuhan, bila-bila masa pun boleh berbuah kan. “Wah..papa kat mana
papa beli durian ni, sedapnya, dah lama tau Mia teringin sangat nak
makan durian.”
“Pak
Mad yang bagi tadi masa papa jumpa dia kat surau, dia cakap menjadi
pulak durian dia tahun ni tak macam tahun lepas, satu habuk pun tak
boleh makan. Rezeki Mia la ni, bawa masuk dapur dulu. Papa nak pergi
tukar baju dulu, nanti papa tolong buka durian ni untuk Mia ek.”
“Eh,
tak payah la papa susah-susah, ni Mia la pa. Mia boleh buka sendiri,
setakat durian ni apalah sangat pa. Mama mana papa? Dari tadi lagi
papa balik, Mia tak nampak pun mama. Mama tak balik lagi ke pa?”
“La..bila
masa pulak mama ikut papa. Papa pergi surau sorang je la, mama ada
kat dalam kut, kat luar dapur tu ke? Mia tak cari mama kat luar tu?”
“Alahai,
lupa pulak nak cari kat luar dapur tu. Confirm mama ada kat situ,
taking care of her garden la tu, sampai Mia panggil pun sah tak
dengar.”
“Macam
la Mia tak kenal mama Mia tu. Kalau dah berkebun, dah tak ingat dah
benda lain. Ha, papa pun dia dah lupa..hehehe.”
“Hehe,
sensitif jugak papa ni yek, rupanya dalam diam merajuk dengan mama.”
“
“Ish
Mia ni, mana ada papa, papa cakap je, yang merajuknya tadi yang ni
ha, anak papa sorang ni, panggil mama dia tak dengar kan. Pergilah
masuk and dont forget pasal durian tu, papa turun kejap lagi nak
makan je tau.” Hek eleh papa ni tak percaya aku la tu, tengok orang
la pa, anak papa ni perempuan sejati yang boleh buat apa je tau..
Haha..dan
memang hari tu teruk aku kena dengan papa gara-gara durian tu la..
Punyalah bersungguh-sungguh aku try nak buka durian tu, sampai sudah
tak dapat, alih-alih papa dah turun.. Memang tergelak habis papa ngan
mama tengok aku tengah struggle dengan durian tu, agak-agak muka pun
dah macam durian dah. Durian..durian..nasib baiklah kau ni pujaan
hatiku, kalau tak dah lama kau rasa tendangan ku ni..tapi gila ke apa
aku ni, almaklumnya terlantar kat hospital la kau jawabnya kalau dah
nak tendang raja buah tu.. Nasib baik la jugak papa turun time tu, at
least dapat jugakla aku merasa buah durian tu, kalau tak kempunan
pulak nanti, tak kisahlah kena gelak ngan papa pun, yang penting
dapat makan.
No comments:
Post a Comment